Selasa, 20 Ogos 2013

Ciri Isteri Mithali - 9 Siti Yang Patut KIta Contohi


Pengalamanmenjadi isteri merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan dan mengembirakan. Masakan tidak, segala amal kebaikan yang dilakukan oleh sang suami, terus direct masuk ke tabung pahala kita dan suami yang soleh akan sentiasa memperhati dan menjaga tingkah laku kita kerana setiap dosa yang kita buat akan di 'copy paste' ke akaunnya.

Memang ada waktu-waktunya yang saya sendiri pun bagaikan bersungut apabila melihat beban kerja di pejabat dan ditambah pula dengan beban kerja di rumah yang tidak pernah berkesudahan. Ditambah pula dengan karenah anak-anak yang tak terduga. Namun, saya bersyukur kerana sentiasa diingatkan bahawa setiap amalan itu hanya akan menjadi ibadat sekiranya saya ikhlas. Ikhlas dari maksud kata, saya melakukan demi mencari keredhaan Dia. Seriously, kalau kita faham apa yang perlu dilakukan oleh kita (para Isteri) untuk menempah tiket ke Syurga, kita pasti sujud syukur atas rahmat menjadi seorang isteri.

Jom kita tengok contoh-contoh isteri pilihan yang insya-Allah syurga menjadi destinasi kekal bagi mereka

1. Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah Shalallahu alahi wasalam yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.


2. Siti Fatimah

Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.


3. Siti A’ishah

Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4. Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5. Siti Mariam

Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6. Siti Asiah

Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7. Siti Aminah

Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8. Siti Muti’ah

Siti Muti'ah adalah isteri yang amat menjaga kesenangan hati suaminya sehinggakan Allah menjanjikan syurga baginya. Siti Muti'ah bukan sahaja menjaga makan minum dan berhias cantik untuk suaminya tetapi beliau berani menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanan yang diberikan tidak memuaskan.

Jadi berapa ramai antara kita yang sanggup dan berani bertinda seperti Siti Muti'ah. Bukan lah niat kita untuk dijadikan 'punching bag' suami. Malah agama juga tidak pernah menyokong penderaan terhadap kaum isteri. Tetapi, terfikirkah kita sekiranya kita bersedia sebegini, secara tidak langsung kita sentiasa memperingati diri sendiri untuk memberikan layanan yang terbaik untuk suami tersayang.


9. Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk keperluan org banyak hanya niat kerana Allah s.w.t.


0 ulasan :

    Disclaimer

    Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

    Penulisan di seri.my merupakan pendapat peribadi penulis.

    Pakej Istimewa

    Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:-
    - Harga Istimewa
    - Jadual Makan Vitamin
    - Konsultasi Percuma Berterusan
    - Jemputan ke group Facebook exclusive
    - Peluang menjana income dengan Shaklee

    Rakan Sihat

    Kedah - Aimi Baiduri
    Selangor / KL - Faeza Seri

    Zulfae Solution

    Rakan anda dalam mempersiap-siagakan perniagaan anda sebelum masuk ke peperangan pemasaran online.

    Dapatkan blog, minisite, website dan websystem untuk perniagaan anda pada harga yang sukar dipercayai.