Sabtu, 7 Disember 2013

testing



Rabu, 2 Oktober 2013

Usahawan: Adakah ianya dilahirkan atau dibina?

Memperkasakan ekonomi diri sendiri dahulu sebelum anda ingin memperkasakan ekonomi dunia.



Kebelakangan ini kita sering mendengar keluhan rakyat Malaysia terutamanya kaum Bumiputera akibat dari kenaikan harga minyak petrol. Sedikit demi sedikit harga barang mula meningkat, dan ini memberi kesan yang besar kepada perbelanjaan harian kita. Ramai yang mula berbalah serta menunding jari kepada pihak kerajaan kerana tidak mengambil kira sensitiviti rakyat apabila kerajaan bertindak menaikan harga petrol. Yang menariknya, kebanyakkan yang menunding jari akibat dari kenaikan ini ialah kaum Bumiputera.

Tahukah anda bahawa secara amnya ekonomi dunia ini telah direka untuk sentiasa meningkat. Ini bermakna kos saraan hidup akan terus naik dari tahun ke tahun tanpa henti.  Adakah anda masih ingat berapa sen yang anda bawa ke sekolah ketika anda kecil? Saya masih ingat lagi pada zaman saya membawa duit poket sebanyak 50 sen ketika saya bersekolah rendah. Anda boleh teka berapa umur saya pada zaman tersebut? Ketika itu saya bersekolah rendah di antara tahun 1980-an. Adakah hari ini  ianya mencukupi sekiranya kita memberikan duit poket hanya sebanyak 50 sen? Pastinya tidak. Kenapa? Kerana ada satu perkara tentang sistem ekonomi dunia yang anda perlu faham iaitu masalah inflasi. Samada anda suka atau tidak, duit sentiasa susut nilai dan harga barang 10 tahun dahulu seperti harga rumah, barang dapur dan banyak lagi pastinya tidak akan sama. Jadi usahlah kita membuang masa menunding jari kepada sesiapa sahaja apabila kenaikkan ini terjadi. Dari anda pening memikirkan masalah ekonomi dunia atau cuba menjadi "Superman" mahu merubah ekonomi dunia, lebih baik anda fikirkan bagaimana hendak mengukuhkan lagi ekonomi diri sendiri dan keluarga. 

Mungkin anda boleh mula dengan mengurangkan perbelanjaan yang tak sepatunya dibelanja. Mula perhatikan aliran wang keluar masuk anda dan isi rumah. Cuba mencari jalan untuk menambahkan lagi simpanan dan yang paling penting, mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan bagi menampung kenaikan saraan hidup yang luar biasa ini. Antara cara meningkatkan pendapatan adalah melalui bekerja makan gaji ataupun berniaga sendiri.

Ramai yang menganggap dengan mempunyai kelulusan yang tinggi sahaja boleh menjamin mendapat pekerjaan yang bagus serta gaji yang lumayan. Mungkin fahaman ini telah dipupuk dari kecil sehinggakan ia telah menjadi satu bentuk budaya atau tradisi yang patut diikuti oleh kita sehingga ke hari ini. Tak salah mempunyai pendidikan yang bagus serta gred yang cemerlang, yang menjadi persoalannya kenapa anda perlu bekerja untuk orang lain sekiranya anda boleh berniaga sendiri.

Masalahnya kebanyakan bangsa kita menjadikan perniagaan itu satu pilihan terakhir di dalam memilih kerjaya sedangkan jika anda melihat kaum cina, berniaga merupakan satu keutamaan di dalam masyarakat mereka. Mereka seolah-olah percaya yang bangsa mereka wajib berniaga berbanding dengan bangsa saya yang rata-ratanya ditekankan tentang betapa pentingnya untuk makan gaji terutamanya bekerja dengan kerajaan. Ia seolah-olah pilihan selamat untuk mendapat pencen satu hari nanti.

Kaum bumiputera, bangkitlah dari keselesaan anda sekarang! Sedarlah yang kehidupan anda hari ini dalam keadaan membimbangkan. Pendapatan melalui makan gaji tidak dapat menampung dari getaran kewangan ekonomi dunia. Tetapi jika anda berniaga dan menjadi usahawan yang bermatlamat, anda pasti mampu tersenyum melihat gelagat ekonomi sedia ada dan juga yang bakal menjelma. Jika anda dapat menguasai ekonomi diri sendiri anda dapat tentukan apa yang anda inginkan dan ini merupakan salah satu kelebihan menjadi seorang usahawan.

Bakat dan ilmu merupakan antara intipati untuk menjadi seorang usahawan. 
Kebiasaannya ramai yang beranggap untuk menjadi usahawan berjaya memerlukan bakat semulajadi ataupun diwarisi dari keluarga. Realitinya, untuk menjadi usahawan anda tidak memerlukan bakat yang hebat tetapi apa yang anda perlukan adalah ilmu yang mencukupi. Dari ilmu, bakat dan kemahiran akan dibina secara tidak langsung ke dalam diri usahawan tersebut secara berperingkat sehingga ia menjadi darah dagingnya sendiri. Ramai yang telah lahir menjadi usahawan yang berjaya terutamanya beberapa tahun ke belakangan ini di kalangan bumiputera dengan sokongan dari pihak kerajaan serta inisiatif banyak pihak termasuk saya di dalam membantu melatih membangunkan usahawan yang berjaya.

Jika anda perhatikan mereka yang menjadi usahawan yang berjaya, ramai daripada mereka yang tidak mempunyai latarbelakang keluarga yang berniaga atau mempunyai kelulusan MBA di dalam pengurusan perniagaan, malah ramai yang mempunyai latarbelakang kelulusan bidang pengurusan perniagaan yang takut berniaga atau gagal di dalam perniagaan mereka. Adakah kita perlukan "genetik" usahawan untuk menjadi usahawan? Pada tahun 2010, penulis buku "Born Entrepreneurs, Born Leaders", Scott Shane, seorang professor bidang kajian keusahawanan di Cleveland Case Western Reserve University menganjurkan bahawa masalah genetik tidak mempengaruhi samada seseorang itu akan memilih untuk bekerja atau berniaga; tetapi beliau tidak menafikan bahawa faktor sekeliling banyak mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk berniaga.  

Usahawan datang dari semua lapisan masyarakat, semua kumpulan umur dan dari segala sudut. Mereka adalah orang-orang biasa seperti anda dan saya. Mereka telah tinggal dan bekerja di negara ini. Mereka telah menghadapi masalah yang sama yang kita hadapi setiap hari. Mereka mempunyai akses kepada sumber-sumber yang sama, seperti yang kita miliki.
Namun, apa yang membezakan usahawan dan orang biasa ialah ilmu dan pilihan berani bertindak membuat keputusan dalam mencapai sesuatu perkara.

Bagi mewujudkan lebih ramai usahawan di negara ini, kerajaan telah memperkasakan penyertaan Bumiputera ke dalam sektor perniagaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan lima teras untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera di dalam ekonomi negara. Antara teras itu ialah penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang tidak lama lagi akan dipengerusi oleh perdana menteri sendiri. Dengan kemudahan ini, ia akan memberi banyak peluang keemasan serta memudahkan  usahawan-usahawan Bumiputera untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka.

Mungkin anda tengah tersenyum ghairah mendengar peluang-peluang yang bakal menjelma. Ini merupakan salah satu cara pemangkin kerajaan memastikan kaum Bumiputera tidak ketinggalan dalam dunia keusahawanan di Malaysia. Dengan ini, usahawan Bumiputera tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada perlindungan dari kerajaan. Tetapi percayalah, tanpa bantuan kerajaan sekalipun, kita sebenarnya mampu membina perniagaan kita sendiri berbekalkan formula-formula membina perniagaan yang terbukti berjaya. 

Sebenarnya peluang mendapat pendapatan yang lebih tinggi sememangnya menuntut untuk kita menjadi usahawan. Jika anda masih lagi bersandarkan kehidupan makan gaji, inilah masanya untuk anda mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawan. Tetapi ingat, jangan terjah dalam dunia keusahawanan jikalau anda masih belum mempunyai ilmu yang cukup tentangnya. Mulalah mencari ilmu melalui pembacaan buku, hadiri seminar-seminar keusahawan dan pastikan anda mempunyai mentor yang betul untuk menolong anda mencapai arah yang ingin ditujui dengan mudah dan pantas.

Dr Azizan Osman, Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa Dr Azizan Osman? 

Dr Azizan Osman, Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran

Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd, satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh Malaysian Guiness Book of Record pada tahun 2012 sebagai yang terbesar di Malaysia di dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus di dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran & motivasi. Setiap sesi seminar beliau, ianya akan dihadiri oleh beribu orang peserta sehingga melimpah ke luar dewan dan ramai yang sanggup duduk di atas lantai kerana tidak cukup tempat duduk.

Sebagai seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku laris keras pemasaran bertajuk "Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan" serta buku terbarunya "Magnet Kekayaan & Kejayaan" dan usahawan yang telah mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri antaranya agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan, percetakan, rekacipta jenama & produk, pelaburan hartanah dan syarikat perkhidmatan korporat serta merupakan antara pemegang saham terbesar sebuah syarikat bioteknologi di Bursa Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu usahawan beliau meluaskan portfolio pelaburan mereka.

Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia serta sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan, tetapi melalui "Sentuhan Emas" beliau, Dr Azizan telah terbukti berjaya membina ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga ramai yang telah mencapai tahap jutawan dengan formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

Berpengalaman luas sejak tahun 2001 terlibat menguruskan portfolio pengiklanan dan pemasaran untuk beribu buah syarikat industri kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, Digi, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF & Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Beliau juga pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) inisiatif YB Perdana Menteri Malaysia di dalam siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia, pernah diundang bercakap Expo Usahawan di London dan Chicago mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran, pernah diundang bercakap kepada usahawan dan bakal usahawan di beberapa buah universiti  seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia. Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia. 

Beliau sedang menyiapkan tesis untuk PhD kedua beliau (Doctorate in Business Administration) di City College & University of Science Technology, Petaling Jaya di dalam kajian berkaitan pembangunan usahawan dan pemasaran media sosial.

Beliau percaya dengan prinsip sebagaimana riwayat hadis Rasulullah saw, "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.AzizanOsman.com


Ahad, 15 September 2013

26 Kelebihan Omega Guard dari Shaklee




Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplemen.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.


Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.


Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Sumber Omega 3

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


Perbezaan Omega Guard Shaklee dengan Produk lain




Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.







Jumaat, 13 September 2013

Tawadhu' ~ Sifat Rendah Hati yang semakin dilupai~


Assalamu'alaikum wbt.
Bila disebutkan saja perkataan ini, sudah pasti biasa didengari semua, apakah gambaran pertama yang terlintas di minda kalian? Ketika berhadapan dengan orang yang dikatakan Tawadhu’, apakah yang kalian rasakan? Kagum, hormat, terpana atau apa? Atau mungkin terlintas sahaja bisikan-bisikan seperti
“Poyo ar mamat ni.”
“Adoi, lembik betul orang macam ni.”
“Weh, hati-hati jalan, takut terlanggar tiang. haha!”


Definisi Tawadhu’
Mungkin ramai yang tidak pasti apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Tawadhu’ termasuklah penulis sendiri. Kerap juga kita salah tafsirkan sifat ini lalu mempraktiskannya tanpa batasan tertentu sehingga kita membenarkan penganiayaan atau penindasan berlaku.
Dalam buku ‘Akhlaqul Mukmin’ karya Amru Khalid, penulis terkenal dari Indonesia, beliau telah memberikan dua maksud kepada perkataan ‘Tawadhu’ iaitu menerima kebenaran yang datangnya daripada siapa sahaja dan mampu menjalin interaksi dengan semua manusia. Sememangnya manusia terlalu banyak dipengaruhi sentimen-sentimen seperti senioriti, taraf ekonomi, pangkat, latar belakang pendidikan, bangsa dan sebagainya. Lalu, ego membelenggu dan menghalang kita daripada menerima pendapat daripada orang lain yang mungkin lebih muda, miskin, berpangkat rendah dan lain-lain.
Yang dikatakan tawadhu’ itu, lupakan segala sentimen dan terimalah kebenaran yang diungkapkan sesiapa sahaja walaupun pahit. Selain itu, cuba untuk bermesra dan berkasih sayang dengan semua manusia walaupun berbeza. Paling penting, tawadhu’ secara global kita definisikan sebagai merendah diri di hadapan Allah SWT.
Pesan Imam Al-Ghazali
Imam Al Ghazali pernah berpesan mengenai tawadhu’. Beliau mengatakan,
“Janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau menilai bahwa ia lebih baik darimu. Jika melihat anak kecil, engkau mengatakan, 'Ia belum bermaksiat kepada Allah sedangkan aku telah melakukannya, maka ia lebih baik dariku’. Jika melihat orang yang lebih tua, engkau mengatakan, ‘Orang ini telah melakukan ibadah sebelum aku melakukannya, maka tidak diragukan bahwa ia lebih baik dariku.’ Dan jika ia melihat orang alim (pandai), maka ia berkata,’Ia telah diberi Allah ilmu lebih dibanding aku dan telah sampai pada darjat yang aku belum sampai kepadanya.’ Kalau ia melihat orang bermaksiat, ia berkata, “Ia melakukannya karena kebodohan, sedangkan aku melakukannya dan tahu bahwa perbuatan itu dilarang. Maka, hujjah Allah kepadaku akan lebih kuat.” (Maraqi Al Ubudiyah, hal. 79)

Tawadhu’ Rasulullah SAW
Pastinya tauladan terbaik dalam soal tawadhu’ ini ialah Rasulullah SAW. Mari kita perhatikan hadis-hadis berikut:
Dari Anas bin Malik Radhiallaahu anhu ia berkata, yang artinya: “Suatu hari seorang wanita datang menemui Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam ia mengadu kepada beliau sambil berkata: “Wahai Rasululloh, saya membutuhkan sesuatu dari Anda.” Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam berkata kepadanya: “Pilihlah di jalan mana yang kamu kehendaki di kota Madinah ini, tunggulah aku di sana, niscaya aku akan menemuimu (melayani keperluan-mu).” (HR Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda: yang bermaksud “Tiada berkurang harta kerana sedekah, dan Allah tiada menambah pada seseorang yang memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiada seseorang yang bertawadhu’ kepada Allah, melainkan dimuliakan (mendapat ‘izzah) oleh Allah.” (HR Muslim)


Tawadhu’ adalah lawan dari takabbur. Semoga hadith Rasulullah SAW tersebut menjadi pelajaran sekaligus peringatan bagi orang-orang yang takabbur dari sifat sombong dan angkuh. Takabbur merupakan jalan menuju Neraka, wal ‘iyaadzubillah, meskipun hanya sebesar biji zarah. Ketakabburan yang paling tinggi adalah manakala seseorang sudah merasa lebih tinggi daripada Allah SWT, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Fir’aun. Mudah-mudahan kita semua dianugerahi sifat-sifat tawadhu’ dan dijauhkan dari sifat-sifat tercela.
 
“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.” (Al-Furqan: 63)





Rabu, 11 September 2013

Alhamdulillah, Faiez tak lagi perlu terlantar di hospital buat kali ketiga.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menciptakan hambaNya dengan sebaik-baik kejadian. Hanay ucapan itu yang sentiasa bermain di bibir saya tatkala anak kesayangan saya, Amier Zulfaiez telah pulih dari masalah pernafasannya dengan hanya pengambilan Omega Guard dari Shaklee ini.

Dalam entri saya kalai ini, saya ingin berkongsi dengan semua pengalaman saya menggunakan Omega Guard bagi menghilangkan masalah pernafasan anak saya yang sorang ni. Faiez merupakan anak kedua saya yang baru berusia 2 tahun 4 bulan.


Anak Mummy....Ustaz Faiez, In Shaa Allah

Ikut sejarah kesihatannya, dia dah 2 kali warded di hospital disebabkan jangkitan kuman pada paru-parunya. Pertama, semasa dia berumur 1 tahun dan keduanya pada awal bulan Februari tahun ni. 10 hari masuk wad dan selepas keluar dari wad masih perlu mengambil ubat dan rawawtan susulan selama sebulan. AllahuAkbar, masa tu nak kena komited bagi dia ubat sampai 5 jenis setiap kali time makan ubat. Bayankan budak berumur 2 tahun nak telan ubat-ubat yang compem tak sedap tu... Melalak dan muntah tu dah biasa bagi saya.

Mummy... Tak bestla duduk kat hospital ni :(

Namun Alhamdulillah, sejak saya terlibat dalam bisnes Shaklee ni... Saya merasa sangat yakin dengan setiap produk yang ditawarkan. Walaupun tak banyak produk yang sesuai dengan budak, tapi Omega Guard yang ditawarkan dengan khasiat yang begitu berkesan apabila kita mengamalkannya.

Pada Jumaat yang lepas bersamaan 6 September 2013, apabila saya ingin mengambil Faiez dari jagaan mak saya. Emak saya bagitau yang nafas Faiez dah mula berbunyi macam bunyi wisel dan badan Faiez dah agak panas. Saya dah rasa kalut namun saya cuba tenangkan diri. Niat di hati tak mahu kejadian masuk wad berulang lagi. Saya terfikir untuk memberi Faiez Omega Guard bila banyak testimoni bagitau yang Omega Guard sesuai untuk kanak-kanak seusia dengan Faiez dan berkesan.

Omega Guard terbaik dari Shaklee

Tips yang orang berikan kepada saya dengan memberi Omega Guard yang dikeluarkan cecair minyak ikannya dari dalam kapsul dan dimasukkan ke dalam botol susu. Malam tu jugak saya cuba tanpa melengahkan masa. Bila saya bagi pada Faiez, dia langsung tak minum. Hah... nak buat macamana ni? Satu botol susu penuh saya bagi pada dia, satu botol tu jugalah dia bagi pada saya balik tanpa diminum sedikit pun. Alamak.... dia bau lah hanyir minyak ikan ni...

Percubaan saya gagal pada malam tu tapi bila saya bangun awal pada pagi tu, saya pun buatkan Faiez sebotol lagi susu dicampur dengan Omega Guard semula. Alhamdulillah, percubaan saya berjaya di mana pada masa tu dia tak sedar dan dah haus. Sebotol dia dapat habiskan... Syukur, dalam hati saya. Saya ulang teknik tu sebanyak 4 kali dan ada ketikanya Faiez boleh terima ketika bila saya bagi pada dia bukan dalam keadaan di tengah tidur.

Saya perasan pada hari Isnin semasa mengambil anak saya dari jagaan mak, mak bagitau yang nafas Faiez dah ok dan saya sendiri dengar dah tak ada bunyi wisel dari dada dia. Masa tu saya rasakan bersyukur dan gembira sangat sebab saya massalah pernafasan Faiez dapat dihilangkan dengan pengambilan Omega Guard dan dengan izin Allah, Faiez dah sembuh dan saya akan pastikan Faiez mendapat kesihatan yang terbaik selepas ini.

Jom saya kongsikan khasiat dan manfaat Omega Guard Shaklee ini.

Kelebihan Omega Guard Shaklee

  • Dihasilkan dari Minyak Ikan terbaik di dunia.
  • Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.
  • 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan (tapi Omega Guard Shaklee bukan dari hati minyak ikan tau....)
  • Minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Kajian menunjukkan Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Manfaat Utama Omega Guard Shaklee
  • Asid-lemak - omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dpat dihasilkan oleh badan kita. Omega 3 membantu dalam masalah membuang air kecil, mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, menjadikan kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
  • Menentang kanser paru=paru, payudara, prostat dan kolon.
  • Memelihara fungsi-fingsi sendi (arthritis)
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan


Bagi anda di luar sana yang mempunyai masalah pernafasan atau asthma, atau anak anda yang mengidapnya... Tak salah untuk kita mencuba kebaikan dari khasiat Omega Guard ini. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubatinya. Anda masih tak terlambat untuk memperbaiki tahap kesihatan anda mahupun anak-anak dan ahli keluarga anda.

Info : Kos perubatan Faiez semasa dimasukkan ke dalam wad --> RM 5K ++
         Sebotol Omega Guard Shaklee --> RM 136. (Boleh dapatkan harga istimewa lagi!!)

Jadi, anda yang tentukan. 

Salam Sayang dari Mummy Faiez...

Sebarang pertanyaan, konsulrasi dan pesanan produk... Bolehlah menghubungi saya di:







Isnin, 9 September 2013

Aku benci MLM. Sungguh!!!

Di zaman universiti dulu, saya pernah terkena dengan satu MLM. Kawan datang promote baik punya. Sanggup datang dari university yang beratus batu jauhnya sebab nak promote kat kitorang. Saya pun join kerana dok gilakan benefit yang di jaja bagai nak rak. Terbakar beb terbakar.

Tapi seperti yang ramai boleh jangka, ini kes terbakar sampai rentung. Memang tension beb. Siap sampai tobat la tak mau sentuh, tak mau dengar dan tak nak kawan dengan MLMer... tu diaa... sampai macam tu sekali.

Macam ni la perasaan saya apbila dekat RM1000 lebur tanpa apa-apa pulangan. Janji tinggal janji. Kawan baik pun dah lari. Aduh..sakitnya hati.

Dah tu, kenapa join Shaklee. Shaklee kan MLM

Shaklee ni lain. Shaklee ni different (macam beza je maksud dengan lain haha). Pokoknya, it is different (^_^)> Adoi.. bang...dah dah... dah faham dah. Dia ni lain. Tapi pesal?

Sebab saya join Shaklee bukan sebab nak buat biz pun. Saya join sebab saya nak membership price sbb saya nak makan. Saya nak makan sbb it is proven berkesan. Then saya nak join group marketing dia. Banyak gile ilmu dlm tu. Tak dek langsung terfikir nak join sebab nak cari orang la, jual tebalkan muka ke apa ke. Tobat hangit saya dah tak nak dah.



Tapi apa yang magicnya... sebab Shaklee is so family oriented saya jadi jatuh cinta pada Shaklee (especially group ini). Event boleh bawak anak pinak (riuh rendah beb..happening) dan tak yah pening kepala nak cari orang yang tolong jaga. Pastu, semua nye humble je. Tak dek nak kerek2. Semua orang berebut nak share skills dan kemahiran masing2. Semua nak contribute. Pergh...ini group gile. Tak pernah saya join group gini. Serious beb.

Seperkara lagi. Produk Shaklee tak mahal macam produk sesetengah MLM. Tak payah la saya sebut di sini. Anda pun pasti tau sebiji dua yang harga tak masuk akal kan. Vitamin Shaklee harga puluh-puluh je (kebanyakkannya).  Contohnya Vitalea tu, bawah RM80 kot. Tahan 4 bulan lak tu. So less than RM20 a month. Cuba check harga multivitamin di farmasi yang berdekatan anda. Most of them lebih mahal dari ini weh.

Dan untuk pengetahuan anda. VitaLea tu adalah antara multivitamin terbaik di dunia. Tak percaya sila Google. Saya tunjuk contoh how easily a VitaLea desolve compare dengan synthetic multivitamin yang bersepah di pasaran. Jom usha video di bawah:



Bila dah mula jatuh cinta, mula la asyik-asyik terfikir nak buat secara serious walaupun Zulfae Solution tetap mesti diteruskan. Itu main business tu. But you know what? Shaklee is a very easy business. Memang boleh buat in parallel kalau kita decide nak buat mcm tu. Apatah lagi kalau pasangan pun sama-sama buat. "Berdua kan lebih baik".

Ada seorang kawan saya, dah Dr. Ir lagi. Tapi dia juga tolong wife dia dalam Shaklee as Internet Marketer. In less than 1 year, wife dia pun dah dapat pendapatan 5 angka dengan dok kat rumah je. Pergh, saya pun nak wife dok kat rumah jaga anak tapi 5 angka jugak. Korang? Tak nak ke? Kalau tak nak pun tak pe... tak kecik hati pun ... :) (Kita tuai apa yang kita tanamkan....kannnn).

Kecoh dan penasaran tunggu bahagian masing-masing. Amiera dari pukul dua petang dok mark kek ini.


Alhamdulillah. Ini bulan kedua wife saya buat. Kiranya bulan pertama dia mula serious. Bulan lepas dah dapat bonus 3 digit. Not bad pada saya. Dan bulan ni dia tengah berusaha untuk dapatkan 4 digit. Yang saya seronok, dia jalankan biz ni purely depan laptop di rumah. Tak perlu nak keluar rumah meeting bagai. Anytime dia boleh left the laptop and entertain anak-anak dan hubby dia. Kerja di office masih dia mampu lakukan seperti biasa.

Bila tengok isteri makin semangat, kita pun naik semangatkan. So saya pun mula la makeover blog dia, timeline banner dia dan buatkan blog dan fb page untuk 'anak-anak' dia secara percuma. By default, Zulfae Solution akan charge at least RM100 utk blog makeover atau pun RM40-50 untuk blog dengan social network yang baru. Untuk 'anak-anak' kami... semuanya percuma. Ye la kan, mesti nak yang terbaik dengan anak-anak kan. Nak coach dan assist akan menjadi lebih mudah apabila semua tools yang mereka perlukan untuk berperang di persada bisness online ini tersedia. Malah in the future, dok tengah rancang nak bangunkan sistem database untuk mereka. Insya-Allah.


Akhir Kalam

Akhir kalam, saya berharap agar sedikit perkongsian yang sedikit ini mampu membuka minda dan pandangan anda terhadap MLM yang bernama Shaklee. Dan saya juga berharap agar para suami yang dok tak berapa nak sokong wife buat Shaklee tu, sokong lah. Biz ni memang kena dengan jiwa mereka. Pasal kesihatan, kecantikan dan kekeluargaan.

Cuma yang paling penting, yang saya rasa yang saya wajib bagi tau adalah; join la group yang betul. Salah group memang sadis. Terkontang kanting tanpa bantuan dan projek. Dapat group yang power, memang amat indah dunia biz Shaklee. Dibantu, disponsor dan dilatih. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat sebab isteri saya memilih untuk masuk ke dalam group yang betul. Saya, walaupun seorang pengusaha dalam biz IT turun terkecimpung dan memperoleh manfaat darinya.



Sabtu, 7 September 2013

SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA....

SubhanAllah.... Alhamdulillah...AllahuAkbar,
Tasbih, tahmid dan takbir yang memuji keagungan yang  Maha Esa.

SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian hanya milikNya yang kekal abadi. Saya rasa berbesar hati kerana menjadi insan yang terpilih olehNya untuk dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang ingin berjaya di dunia dan di akhirat.

MasyaAllah, hidup saya sebelum ini cuma biasa-biasa saja. Alhamdulillah setelah diperkenalkan dengan Group yang terlalu istimewa ini, hati jiwa dan perasaan saya telah banyak berubah untuk menjadi manusia luar biasa yang banyak memberi dan menambah nilai hidup orang lain.

The More You Give, The More You Get Back....


SubhanAllah, Allah yang mengatur segala-galanya dalam hidup saya. Saya hanya mampu merancang namun sebaik-baik perancang adalah Allah yang Maha Bijaksana. Perjalanan hidup saya dipermudahkan Allah dengan diberi peluang untuk memulakan satu bidang perniagaan yang selama ini saya sendiri gagal untuk memastikannya samada saya boleh berjaya atau tidak.

Buatlah pilihan yang tepat selari dengan apa yang kita inginkan

Alhamdulillah, bidang perniagaan yang dipilih oleh saya merupakan titik tolak saya ingin berubah menjadi manusia yang luar biasa dengan dorongan dan semangat dari orang-orang yang saya sayangi dan hormati. Saya pilih untuk berjaya dan tiada alasan untuk tidak berjaya.

Kalau Nak Seribu Daya, Kalau Tak Nak Seribu Alasan

AllahuAkbar, perancangan Allah amat halus dan Allah lah tempat saya memohon untuk diberikan petunjuk, taufiq dan hidayah untuk terus maju dan tak pernah berpatah balik. Saya mempunyai suami yang sangat supportive dan mentor yang sangat dedikasi untuk melihat saya berjaya dalam bidang perniagaan ini. Saya amat terharu dengan semangat dan ketabahan mereka untuk memastikan saya terus mara ke hadapan untuk berjaya di dunia dan di akhirat seiring dan sejalan.

Suami dan mentor yang tak putus-putus menitipkan semangat

Demi melihat saya berjaya, Alhamdulillah mereka juga telah lebih berjaya dari saya. Apa yang saya perlu lakukan pula adalah untuk memastikan anda semua di luar sana sama-sama berjaya dengan saya dan menambah nilai hidup orang lain yang memerlukan pertolongan dari kita. Selari dengan konsep yang telah saya tekankan di atas tadi, "The More You Give, The More You Get Back". 

Ingatlah, janji Allah adalah benar... "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd 13 : 11)

Dengan nama Allah, saya rasa terpanggil untuk memastikan kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Apa yang dapat saya bantu, saya ingin ada hayati kata-kata di bawah.. "Bayangkan apa yang anda impikan, Percaya dengan apa yang anda rasa dengan sepenuh jiwa, Capai dengan sedaya usaha" .... Kejayaan pasti milik Anda!!!!! 

Imagine, Believe & Achieve.....
Success Is Yours!!!!
Saya sendiri dah merasai betapa indahnya bertatih-tatih untuk berjaya. "Tiada Kesenangan tanpa Kesusahan tetapi.... Disebalik Kesusahan itu ada Kesenangan" (Surah Insyirah, ayat 5 & 6).

Bahagia, Cubaan, Sedih, Gagal, Namun Allah lah segala-galanya
Kini tibalah masa dan peluang anda untuk terus berjaya bersama-sama saya ke arah kehidupan yang lebih baik. Jangan buang masa lagi, "Kejayaan tidak datang bergolek." Mari sama-sama kita mengorak langkah ke hadapan. "Man Jadda Wa Jada."

Jom kita amalkan 4 peraturan mudah ini, pasti Allah akan permudahkan juga... Ameen.
Anda mampu buat dengan apa yang saya buat sekarang ni. Jangan berlengah lagi kerana masa yang Allah berikan pada kita adalah sama 24 jam. Bergantung kepada kita bagaimana untuk kita menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya. 

"Apa yang saya Fikir,
Apa yang saya Rasa,
Apa yang saya Buat,
Itu adalah Doa..." 

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku untuk sama-sama menbantu insan-insan di luar sana sama berjaya bersamaku seiring mencari keredhaanMu.... kerana aku tahu tanpa bantuan dan petunjuk dariMu, aku tak mampu untuk melakukan ini... Maka permudahkan lah ya Allah, jangan Kau Susahkan... 


Apa yang saya pilih adalah... ingin menjadi Working At Mum House (WAMH), In Shaa Allah.

Oh Yea.... Ameen...
Dengan ini, dengan Lafaz Bismillah.... Saya ingin anda semua berjaya di dunia dan di akhirat dengan sama-sama mencapai matlamat yang diimpikan.

Mari itu, hayatilah apa yang yang saya coretkan dengan membaca ebook penuh motivasi di bawah ini. Apapun juga keputusan anda, saya doakan anda semua Kaya dan Berjaya di Dunia dan di Akhirat.



 















    Disclaimer

    Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

    Penulisan di seri.my merupakan pendapat peribadi penulis.

    Pakej Istimewa

    Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:-
    - Harga Istimewa
    - Jadual Makan Vitamin
    - Konsultasi Percuma Berterusan
    - Jemputan ke group Facebook exclusive
    - Peluang menjana income dengan Shaklee

    Rakan Sihat

    Kedah - Aimi Baiduri
    Selangor / KL - Faeza Seri

    Zulfae Solution

    Rakan anda dalam mempersiap-siagakan perniagaan anda sebelum masuk ke peperangan pemasaran online.

    Dapatkan blog, minisite, website dan websystem untuk perniagaan anda pada harga yang sukar dipercayai.