Rabu, 11 September 2013

Alhamdulillah, Faiez tak lagi perlu terlantar di hospital buat kali ketiga.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menciptakan hambaNya dengan sebaik-baik kejadian. Hanay ucapan itu yang sentiasa bermain di bibir saya tatkala anak kesayangan saya, Amier Zulfaiez telah pulih dari masalah pernafasannya dengan hanya pengambilan Omega Guard dari Shaklee ini.

Dalam entri saya kalai ini, saya ingin berkongsi dengan semua pengalaman saya menggunakan Omega Guard bagi menghilangkan masalah pernafasan anak saya yang sorang ni. Faiez merupakan anak kedua saya yang baru berusia 2 tahun 4 bulan.


Anak Mummy....Ustaz Faiez, In Shaa Allah

Ikut sejarah kesihatannya, dia dah 2 kali warded di hospital disebabkan jangkitan kuman pada paru-parunya. Pertama, semasa dia berumur 1 tahun dan keduanya pada awal bulan Februari tahun ni. 10 hari masuk wad dan selepas keluar dari wad masih perlu mengambil ubat dan rawawtan susulan selama sebulan. AllahuAkbar, masa tu nak kena komited bagi dia ubat sampai 5 jenis setiap kali time makan ubat. Bayankan budak berumur 2 tahun nak telan ubat-ubat yang compem tak sedap tu... Melalak dan muntah tu dah biasa bagi saya.

Mummy... Tak bestla duduk kat hospital ni :(

Namun Alhamdulillah, sejak saya terlibat dalam bisnes Shaklee ni... Saya merasa sangat yakin dengan setiap produk yang ditawarkan. Walaupun tak banyak produk yang sesuai dengan budak, tapi Omega Guard yang ditawarkan dengan khasiat yang begitu berkesan apabila kita mengamalkannya.

Pada Jumaat yang lepas bersamaan 6 September 2013, apabila saya ingin mengambil Faiez dari jagaan mak saya. Emak saya bagitau yang nafas Faiez dah mula berbunyi macam bunyi wisel dan badan Faiez dah agak panas. Saya dah rasa kalut namun saya cuba tenangkan diri. Niat di hati tak mahu kejadian masuk wad berulang lagi. Saya terfikir untuk memberi Faiez Omega Guard bila banyak testimoni bagitau yang Omega Guard sesuai untuk kanak-kanak seusia dengan Faiez dan berkesan.

Omega Guard terbaik dari Shaklee

Tips yang orang berikan kepada saya dengan memberi Omega Guard yang dikeluarkan cecair minyak ikannya dari dalam kapsul dan dimasukkan ke dalam botol susu. Malam tu jugak saya cuba tanpa melengahkan masa. Bila saya bagi pada Faiez, dia langsung tak minum. Hah... nak buat macamana ni? Satu botol susu penuh saya bagi pada dia, satu botol tu jugalah dia bagi pada saya balik tanpa diminum sedikit pun. Alamak.... dia bau lah hanyir minyak ikan ni...

Percubaan saya gagal pada malam tu tapi bila saya bangun awal pada pagi tu, saya pun buatkan Faiez sebotol lagi susu dicampur dengan Omega Guard semula. Alhamdulillah, percubaan saya berjaya di mana pada masa tu dia tak sedar dan dah haus. Sebotol dia dapat habiskan... Syukur, dalam hati saya. Saya ulang teknik tu sebanyak 4 kali dan ada ketikanya Faiez boleh terima ketika bila saya bagi pada dia bukan dalam keadaan di tengah tidur.

Saya perasan pada hari Isnin semasa mengambil anak saya dari jagaan mak, mak bagitau yang nafas Faiez dah ok dan saya sendiri dengar dah tak ada bunyi wisel dari dada dia. Masa tu saya rasakan bersyukur dan gembira sangat sebab saya massalah pernafasan Faiez dapat dihilangkan dengan pengambilan Omega Guard dan dengan izin Allah, Faiez dah sembuh dan saya akan pastikan Faiez mendapat kesihatan yang terbaik selepas ini.

Jom saya kongsikan khasiat dan manfaat Omega Guard Shaklee ini.

Kelebihan Omega Guard Shaklee

  • Dihasilkan dari Minyak Ikan terbaik di dunia.
  • Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.
  • 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan (tapi Omega Guard Shaklee bukan dari hati minyak ikan tau....)
  • Minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Kajian menunjukkan Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Manfaat Utama Omega Guard Shaklee
  • Asid-lemak - omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dpat dihasilkan oleh badan kita. Omega 3 membantu dalam masalah membuang air kecil, mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, menjadikan kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
  • Menentang kanser paru=paru, payudara, prostat dan kolon.
  • Memelihara fungsi-fingsi sendi (arthritis)
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan


Bagi anda di luar sana yang mempunyai masalah pernafasan atau asthma, atau anak anda yang mengidapnya... Tak salah untuk kita mencuba kebaikan dari khasiat Omega Guard ini. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubatinya. Anda masih tak terlambat untuk memperbaiki tahap kesihatan anda mahupun anak-anak dan ahli keluarga anda.

Info : Kos perubatan Faiez semasa dimasukkan ke dalam wad --> RM 5K ++
         Sebotol Omega Guard Shaklee --> RM 136. (Boleh dapatkan harga istimewa lagi!!)

Jadi, anda yang tentukan. 

Salam Sayang dari Mummy Faiez...

Sebarang pertanyaan, konsulrasi dan pesanan produk... Bolehlah menghubungi saya di:







0 ulasan :

    Disclaimer

    Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

    Penulisan di seri.my merupakan pendapat peribadi penulis.

    Pakej Istimewa

    Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:-
    - Harga Istimewa
    - Jadual Makan Vitamin
    - Konsultasi Percuma Berterusan
    - Jemputan ke group Facebook exclusive
    - Peluang menjana income dengan Shaklee

    Rakan Sihat

    Kedah - Aimi Baiduri
    Selangor / KL - Faeza Seri

    Zulfae Solution

    Rakan anda dalam mempersiap-siagakan perniagaan anda sebelum masuk ke peperangan pemasaran online.

    Dapatkan blog, minisite, website dan websystem untuk perniagaan anda pada harga yang sukar dipercayai.