Rabu, 2 Oktober 2013

Usahawan: Adakah ianya dilahirkan atau dibina?

Memperkasakan ekonomi diri sendiri dahulu sebelum anda ingin memperkasakan ekonomi dunia.



Kebelakangan ini kita sering mendengar keluhan rakyat Malaysia terutamanya kaum Bumiputera akibat dari kenaikan harga minyak petrol. Sedikit demi sedikit harga barang mula meningkat, dan ini memberi kesan yang besar kepada perbelanjaan harian kita. Ramai yang mula berbalah serta menunding jari kepada pihak kerajaan kerana tidak mengambil kira sensitiviti rakyat apabila kerajaan bertindak menaikan harga petrol. Yang menariknya, kebanyakkan yang menunding jari akibat dari kenaikan ini ialah kaum Bumiputera.

Tahukah anda bahawa secara amnya ekonomi dunia ini telah direka untuk sentiasa meningkat. Ini bermakna kos saraan hidup akan terus naik dari tahun ke tahun tanpa henti.  Adakah anda masih ingat berapa sen yang anda bawa ke sekolah ketika anda kecil? Saya masih ingat lagi pada zaman saya membawa duit poket sebanyak 50 sen ketika saya bersekolah rendah. Anda boleh teka berapa umur saya pada zaman tersebut? Ketika itu saya bersekolah rendah di antara tahun 1980-an. Adakah hari ini  ianya mencukupi sekiranya kita memberikan duit poket hanya sebanyak 50 sen? Pastinya tidak. Kenapa? Kerana ada satu perkara tentang sistem ekonomi dunia yang anda perlu faham iaitu masalah inflasi. Samada anda suka atau tidak, duit sentiasa susut nilai dan harga barang 10 tahun dahulu seperti harga rumah, barang dapur dan banyak lagi pastinya tidak akan sama. Jadi usahlah kita membuang masa menunding jari kepada sesiapa sahaja apabila kenaikkan ini terjadi. Dari anda pening memikirkan masalah ekonomi dunia atau cuba menjadi "Superman" mahu merubah ekonomi dunia, lebih baik anda fikirkan bagaimana hendak mengukuhkan lagi ekonomi diri sendiri dan keluarga. 

Mungkin anda boleh mula dengan mengurangkan perbelanjaan yang tak sepatunya dibelanja. Mula perhatikan aliran wang keluar masuk anda dan isi rumah. Cuba mencari jalan untuk menambahkan lagi simpanan dan yang paling penting, mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan bagi menampung kenaikan saraan hidup yang luar biasa ini. Antara cara meningkatkan pendapatan adalah melalui bekerja makan gaji ataupun berniaga sendiri.

Ramai yang menganggap dengan mempunyai kelulusan yang tinggi sahaja boleh menjamin mendapat pekerjaan yang bagus serta gaji yang lumayan. Mungkin fahaman ini telah dipupuk dari kecil sehinggakan ia telah menjadi satu bentuk budaya atau tradisi yang patut diikuti oleh kita sehingga ke hari ini. Tak salah mempunyai pendidikan yang bagus serta gred yang cemerlang, yang menjadi persoalannya kenapa anda perlu bekerja untuk orang lain sekiranya anda boleh berniaga sendiri.

Masalahnya kebanyakan bangsa kita menjadikan perniagaan itu satu pilihan terakhir di dalam memilih kerjaya sedangkan jika anda melihat kaum cina, berniaga merupakan satu keutamaan di dalam masyarakat mereka. Mereka seolah-olah percaya yang bangsa mereka wajib berniaga berbanding dengan bangsa saya yang rata-ratanya ditekankan tentang betapa pentingnya untuk makan gaji terutamanya bekerja dengan kerajaan. Ia seolah-olah pilihan selamat untuk mendapat pencen satu hari nanti.

Kaum bumiputera, bangkitlah dari keselesaan anda sekarang! Sedarlah yang kehidupan anda hari ini dalam keadaan membimbangkan. Pendapatan melalui makan gaji tidak dapat menampung dari getaran kewangan ekonomi dunia. Tetapi jika anda berniaga dan menjadi usahawan yang bermatlamat, anda pasti mampu tersenyum melihat gelagat ekonomi sedia ada dan juga yang bakal menjelma. Jika anda dapat menguasai ekonomi diri sendiri anda dapat tentukan apa yang anda inginkan dan ini merupakan salah satu kelebihan menjadi seorang usahawan.

Bakat dan ilmu merupakan antara intipati untuk menjadi seorang usahawan. 
Kebiasaannya ramai yang beranggap untuk menjadi usahawan berjaya memerlukan bakat semulajadi ataupun diwarisi dari keluarga. Realitinya, untuk menjadi usahawan anda tidak memerlukan bakat yang hebat tetapi apa yang anda perlukan adalah ilmu yang mencukupi. Dari ilmu, bakat dan kemahiran akan dibina secara tidak langsung ke dalam diri usahawan tersebut secara berperingkat sehingga ia menjadi darah dagingnya sendiri. Ramai yang telah lahir menjadi usahawan yang berjaya terutamanya beberapa tahun ke belakangan ini di kalangan bumiputera dengan sokongan dari pihak kerajaan serta inisiatif banyak pihak termasuk saya di dalam membantu melatih membangunkan usahawan yang berjaya.

Jika anda perhatikan mereka yang menjadi usahawan yang berjaya, ramai daripada mereka yang tidak mempunyai latarbelakang keluarga yang berniaga atau mempunyai kelulusan MBA di dalam pengurusan perniagaan, malah ramai yang mempunyai latarbelakang kelulusan bidang pengurusan perniagaan yang takut berniaga atau gagal di dalam perniagaan mereka. Adakah kita perlukan "genetik" usahawan untuk menjadi usahawan? Pada tahun 2010, penulis buku "Born Entrepreneurs, Born Leaders", Scott Shane, seorang professor bidang kajian keusahawanan di Cleveland Case Western Reserve University menganjurkan bahawa masalah genetik tidak mempengaruhi samada seseorang itu akan memilih untuk bekerja atau berniaga; tetapi beliau tidak menafikan bahawa faktor sekeliling banyak mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk berniaga.  

Usahawan datang dari semua lapisan masyarakat, semua kumpulan umur dan dari segala sudut. Mereka adalah orang-orang biasa seperti anda dan saya. Mereka telah tinggal dan bekerja di negara ini. Mereka telah menghadapi masalah yang sama yang kita hadapi setiap hari. Mereka mempunyai akses kepada sumber-sumber yang sama, seperti yang kita miliki.
Namun, apa yang membezakan usahawan dan orang biasa ialah ilmu dan pilihan berani bertindak membuat keputusan dalam mencapai sesuatu perkara.

Bagi mewujudkan lebih ramai usahawan di negara ini, kerajaan telah memperkasakan penyertaan Bumiputera ke dalam sektor perniagaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan lima teras untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera di dalam ekonomi negara. Antara teras itu ialah penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang tidak lama lagi akan dipengerusi oleh perdana menteri sendiri. Dengan kemudahan ini, ia akan memberi banyak peluang keemasan serta memudahkan  usahawan-usahawan Bumiputera untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka.

Mungkin anda tengah tersenyum ghairah mendengar peluang-peluang yang bakal menjelma. Ini merupakan salah satu cara pemangkin kerajaan memastikan kaum Bumiputera tidak ketinggalan dalam dunia keusahawanan di Malaysia. Dengan ini, usahawan Bumiputera tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada perlindungan dari kerajaan. Tetapi percayalah, tanpa bantuan kerajaan sekalipun, kita sebenarnya mampu membina perniagaan kita sendiri berbekalkan formula-formula membina perniagaan yang terbukti berjaya. 

Sebenarnya peluang mendapat pendapatan yang lebih tinggi sememangnya menuntut untuk kita menjadi usahawan. Jika anda masih lagi bersandarkan kehidupan makan gaji, inilah masanya untuk anda mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawan. Tetapi ingat, jangan terjah dalam dunia keusahawanan jikalau anda masih belum mempunyai ilmu yang cukup tentangnya. Mulalah mencari ilmu melalui pembacaan buku, hadiri seminar-seminar keusahawan dan pastikan anda mempunyai mentor yang betul untuk menolong anda mencapai arah yang ingin ditujui dengan mudah dan pantas.

Dr Azizan Osman, Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa Dr Azizan Osman? 

Dr Azizan Osman, Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran

Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd, satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh Malaysian Guiness Book of Record pada tahun 2012 sebagai yang terbesar di Malaysia di dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus di dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran & motivasi. Setiap sesi seminar beliau, ianya akan dihadiri oleh beribu orang peserta sehingga melimpah ke luar dewan dan ramai yang sanggup duduk di atas lantai kerana tidak cukup tempat duduk.

Sebagai seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku laris keras pemasaran bertajuk "Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan" serta buku terbarunya "Magnet Kekayaan & Kejayaan" dan usahawan yang telah mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri antaranya agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan, percetakan, rekacipta jenama & produk, pelaburan hartanah dan syarikat perkhidmatan korporat serta merupakan antara pemegang saham terbesar sebuah syarikat bioteknologi di Bursa Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu usahawan beliau meluaskan portfolio pelaburan mereka.

Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia serta sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan, tetapi melalui "Sentuhan Emas" beliau, Dr Azizan telah terbukti berjaya membina ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga ramai yang telah mencapai tahap jutawan dengan formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

Berpengalaman luas sejak tahun 2001 terlibat menguruskan portfolio pengiklanan dan pemasaran untuk beribu buah syarikat industri kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, Digi, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF & Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Beliau juga pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) inisiatif YB Perdana Menteri Malaysia di dalam siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia, pernah diundang bercakap Expo Usahawan di London dan Chicago mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran, pernah diundang bercakap kepada usahawan dan bakal usahawan di beberapa buah universiti  seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia. Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia. 

Beliau sedang menyiapkan tesis untuk PhD kedua beliau (Doctorate in Business Administration) di City College & University of Science Technology, Petaling Jaya di dalam kajian berkaitan pembangunan usahawan dan pemasaran media sosial.

Beliau percaya dengan prinsip sebagaimana riwayat hadis Rasulullah saw, "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.AzizanOsman.com


0 ulasan :

    Disclaimer

    Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

    Penulisan di seri.my merupakan pendapat peribadi penulis.

    Pakej Istimewa

    Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:-
    - Harga Istimewa
    - Jadual Makan Vitamin
    - Konsultasi Percuma Berterusan
    - Jemputan ke group Facebook exclusive
    - Peluang menjana income dengan Shaklee

    Rakan Sihat

    Kedah - Aimi Baiduri
    Selangor / KL - Faeza Seri

    Zulfae Solution

    Rakan anda dalam mempersiap-siagakan perniagaan anda sebelum masuk ke peperangan pemasaran online.

    Dapatkan blog, minisite, website dan websystem untuk perniagaan anda pada harga yang sukar dipercayai.