Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya pertama kali pergi ke Shaklee HQ semalam bagi tujuan pembelian tiket NDT. In Shaa Allah lepas ni, Shaklee HQ akan menjadi rumah kedua untuk ambil barang2 order dari customer. Ameen... :)
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinNya, post terbaru di FB Shaklee Malaysia berkenaan New Distrubutor Training (NDT) akan diadakan di area KL/Selangor bertempat di Holiday Villa, Subang pada 25 Ogos ni. Dah dekat sangat dengan office tempat training tu. Thanks to Kam Maria juga sebab bagi info ni dan suruh beli cepat.. Dan diberitahu bahawa tempat adalah amat terhad... Mana taknyer, cuma 60 tempat yang di offer untuk join NDT ni.
![]() |
| Poster NDT |
Alhamdulillah, sebelum di umumkan pasal training ni, saya memang bermunajat kepada Allah untuk tunjukkan jalan bagaimana nak mudahnya menjemput rezeki dalam solat sunat Dhuha pagi tu. Allah Maha Mendengar setiap hajat hambaNya yang betul-betul meminta padaNya. Kuasa Allah meliputi di langit dan di bumi. Kita sambung balik apa yang berlaku seterusnya...
Apa lagi, bila tau yang tempat sangat terhad oleh Shaklee HQ (itupun ambik masa yang lama nak call depa ni... Layan jer lagu2 mesin telepon tu) dan tiket tu plak bukannya boleh booked by phone atau register online. Dengan penuh semangat, masa rehat tengahari tu terus pergi ke HQ di Empire Tower, Subang Jaya. Fast Action Fast Result!!! Nasib baiklah jarak dari office dengan Empire Tower tu tak sampai 5 kilometer. On the way ke sana, ada rakan seperjuangan, Nur Faisza minta tolong belikan sekali 2 tiket lagi... Ok, semuanya 4 tiket akan dibeli. Syukur.... Bila pi kat kaunter, baru sorang yang datang untuk beli. Fuhhh!!! Lega, Allah bagi peluang kepada kami untuk menghadiri training tersebut... maka dengan lafaz Bismillah, saya telah beli 4 tiket.... Tiket ni berharga RM40 dan training bermula dari pukul 10 pagi - 6 petang. Makan tengahari? Jangan risau sebab Shaklee memang berbaik hati provide makan tengahari supaya kita dapat FOKUS dengan training tu nanti...
![]() |
| Taraaa, ini lah tiketnya |
Syukur sangat2 sebab dapat beli tiket ni dan dapat bantu rakan seperjuangan untuk pergi menghadiri training ini nanti sekali. Almaklumlah... Kami ni baru lagi dalam bidang ni dan perlukan input yang mantop2 belaka... Lagi2 bila Shaklee sendiri yang organisekan... Rugi kalau tak dapat attend.
Lepas beli tiket, terfikir nak tambah stok pulak. At last 5 barang telah diangkut balik. Barang2 tersebut adalah Meal Shake, Vita E, Vita C, GLA Complex dan Zinc. Huhuhuhu.... Dah boleh start rapikan diri pulak dengan barang yang dibeli ni....
Setakat ini saja perkongsian buat hari ni... Hari ni semua pasti senyum lebar sampai ke telinga sebab 'bonus' bulan 7 dah masuk dalam akaun Maybank masing2... Ngauuummmm... Selamat menggunakan 'bonus' dengan sebaik2nya... Tapi jangan lupa untuk zakat, sedekah, infaq, bagi pada parents, family, spouse dan reward pada diri sendiri....
Jumpa lagi di post yang akan datang.
Assalamu'alaikum...
Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan saya untuk dapatkan tips2 dan promosi produk.



0 ulasan :
Catat Ulasan