Alhamdulillah, kini saya sudah sedar dan saya amat menghargai anugerah kesihatan yang baik. Saya sudah mula mengambil berat apa yang saya masukkan ke dalam badan saya dan apa yang lebih penting saya sudah mula berfikiran jauh dan meletakkan sasaran kesihatan saya pada ketika saya sudah mempunyai cucu.
Ya, saya sudah terfikir ke arah itu. Saya memang nak bermain dengan cucu-cucu saya yang ramai seperti mana saya seronok bermain dengan anak-anak kecil saya sekarang ni. Saya nak saya menjadi warga emas yang awesome. Yang sihat dan yang paling penting, yang gembira dan bertenaga.
Sentap weh, video yang sahabat saya kongsikan ni.
Sesungguhnya, video yang dikongsi oleh sahabat saya ini amat menyentap hati saya. Dan saya berazam, saya akan betul-betul menitik beratkan kesihatan saya ini. Saya bukan sahaja bertekad untuk menjadi lebih kurus tetapi juga lebih sihat melalui permakanan yang betul, senaman dan pengambilan suplimen yang terbukti berkesan.
Saya sedar, saya tidak boleh lari dari suplimen. Ini kerana saya juga seperti kebanyakkan pembaca. Keluar 7 dan balik 7. Dan makanan yang saya makan di kedai, memang tidak cukup gizinya. Ditambah pula apabila ada rakan yang lain berkongsi yang even Dr. Mahathir mengambil Shaklee VitaLea, multivitamin terbaik keluaran Shaklee (100% natural weh). Dan cuba tengok kesihatan Tun Dr. Mahathir. Tersangat lah awesome berbanding dengan umurnya kan. Saya nak yang macam tu la bila umur saya 80 nanti (Insya-Allah).
Syukur, Allah buka pintu hati saya pada bulan puasa yang lepas. Memang saya lembik time bulan puasa. Dan Mentor (mentor biz saya bukan mentor kesihatan actually), mencadankan saya amik suplimen Syaklee (sebab dia pun amik... power je saya tengok). So I did some research and tadaa.... saya decide utk went for Optimum Health set. Alhamdulillah, selepas pengambilan set 'Optimum Health' Shaklee, kesihatan saya bertambah baik. Saya tidak la sakit sebelum ini pun. Tapi lepas ambil set ini, memang saya rasakan diri saya lebih bertenaga, tidak mengantuk di siang hari dan yang paling best adalah daya focus yang luar biasa. Saya mampu baca dan buat research berjam-jam tanpa rasa letih. Hanya kalau datang angin malas je yang Shaklee tak boleh tolong. Yang tu tak pe, kita ada 'The Power of Doa' dan 'The Power of Dream'. Lagi satu, 'The Power of Mentor cum true Friend'.
So, apa benda la set Shaklee Optimum Health ni kan? Saya tunjuk gambar dia kat bawah.
![]() |
| Set Optimum Health Shaklee - Murah je sebenarnya. |
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Insya-Allah.
Ikhlas,
Arham Zulqarnaen Shamsudin
Temui saya blog dan FB
Untuk keterangan terperinci tentang set ini, sila hubungi Faeza Seri. Nutritionist keluarga kami yang benar-benar serious dalam aspek kesihatan dan permakanan.


0 ulasan :
Catat Ulasan