Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau
lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam
hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri.
Ramai yang
mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan
rezeki,
kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya
secara beristiqamah.
Hikmah
Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat
ini Insya’Allah akan:
1.
Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak
disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang In Shaa Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang In Shaa Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
Sejarah
Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada
seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian
diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami
mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu
adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang
sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu,
sekali lagi pedagang tersebut bermimpi
bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah
at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
.
Sehinggalah pada suatu hari
pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan
menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang
sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada
Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau
naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut.
Apabila telah reda angin,
beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang
dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur
ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu
padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di
negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus
mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi
raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya,
sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
.
.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh
menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya
mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat
perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan
sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan
ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan
mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada
makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk
diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang
itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi
dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada
Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang
Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah
dalam hidup setiap hambaNya. Jika
keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat
penentu kesudahan.
.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa
yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala
perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak
disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri
bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong
dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di
kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap
sesuatu.
- (Ayat 2
& 3 Surah At-Talaq)
.
.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat
ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan
ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung
atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka,
dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana
pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi
solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau
sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan
pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa
dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali
dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan
cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu
dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun
begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika
susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk
sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan
dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca.
Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat
dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk
mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta
perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.
Hikmat
Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang
sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3
X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan
baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang
banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala
hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala
daripada bala di darat dan di laut.
3. Jika dibacakan kepada orang yang
sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan
kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum,
In Shaa Allah si pesakit akan sembuh.
4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana
kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh
musuh-musuh negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat
fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah
Ta’ala.
5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan
terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat dari
sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal
kepada Allah SWT.
1.
Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
2.
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
3.
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga
kali.
.
Selepas mengetahui hikmat
ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai
bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak
kita jangkakan di masa mendatang.
Wallahuaklam...



0 ulasan :
Catat Ulasan