Khamis, 29 Ogos 2013

Antara Jakarta dan Penangan Magic Raya Shaklee untuk menjadi WAHM? - Siri 1


Assalamua'alaikum....

Hari ini dalam sejarah, 29 Ogos 2013.....

Seronoknya kalaulah 2 hari bercuti ni merupakan hari-hari seterusnya selepas ni sebagai seorang WAHM (Working At Home Mother)... Pagi-pagi lagi dah boleh uruskan family dan rumah tanpa terkejar-kejar nak pergi ke tempat kerja... Heaven betul la kalau hari-hari macam ni... Ada masa yang tenang untuk Pae menunaikan solat Dhuha dan membaca Al-Ma'thurat tanpa tergesa-gesa untuk kembali semula ke tempat untuk teruskan kerja pejabat. Anda semua mesti nak tau kan kenapa saya ambil 2 hari cuti ni? Inilah kisah Pae yang terpaksa cancelkan percutian untuk menjadi WAHM...

Saat dan ketika entri ni ditulis, rakan-rakan Pae yang Pae sayang...Kak Ina, Kak Nani, Syafa dan emaknya sedang terbang di awan biru menuju ke destinasi yang telah lama kami rancang sebelum ini. Pae dan rakan-rakan beria-ia merancang nak pergi ke Jakarta - Bandung untuk bershopping. Hajat kami dipermudahkan olehNya dengan adanya Air Asia promotion fare... Hehehehe, mana taknya. Pergi dan balik cuma RM126 jer... Kira murah la tu kan? So, kami decide untuk pilih tarikh 29 - 31hb Ogos tarikh keramat kami nak ker sana.

Rakan-rakan Pae dalam kapal terbang sekarang
Lama betul perancangan ini dibuat dan hari yang ditunggu bakal muncul. Cuti pun dah diambil. Happy bukan main masa tu. Dah pikir nak beli apa, nak duduk kat hotel mana, tengok jadual perjalanan tren di sana macamana dan salinan senarai pertukaran matawang pun Kak Ina dah printkan untuk rujukan semasa membeli-belah nanti supaya kami dapat agak berapa sebenarnya yang kami belanjakan untuk sesuatu barang di sana nanti. Excited bukan main masa tu....

Inilah tiket Pae yang Pae cancelkan tu... Cuba tengok tarikh 31hb time balik tu....
Duit nak ke sana pun Pae dah tukar....

Pada 16 Ogos lepas, Pae mendapat satu jemputan dari Secret Group Shaklee kami. Satu sambutan Magic Raya, Anugerah & Inspirasi akan diadakan pada 31hb Ogos ni. 

Jemputan dari Secret Group - Magic Raya Inspirasi

Ya Allah, sambutan tersebut sama dengan tarikh Pae pulang dari Jakarta cumanya masa touch down di KLIA dalam pukul 2.30 petang. Majlis Magic Raya ni pulak bermula dari pukul 1.30 petang. Pae mula rasa serba salah dan banyak kali termenung. Akhirnya Pae terus PM Master Hafsah selaku penganjur. Beliau bagitau terpulanglah, mana satu yang lebih penting. Tersentap Pae baca ketika tu. Dengan En. Suami pun dah banyak kali minta nasihat tapi masih dalam keadaan yang tak dapat buat keputusan lagi...

Pae sering minta doa agar diberikan petunjuk mana hala tujuan Pae sebenarnya dan cuba bulatkan tekad dan azam. Nak cuma sekali ni je pergi ke Jakarta dengan rakan-rakan, atau boleh pergi ke Magic raya ni dan sedut semua aura-aura dari orang yang dah berjaya. But then, boleh pergi semula ke sana samada dengan 'sponsor' rakan-rakan dan pergi dengan Mak Abah lepas ni untuk melawat saudara-mara yang masih ada di sana tanpa risau akan kos dan perbelanjaanya kelak.

Pae tekad untuk Success

Akhirnya, Pae tekad dan berazam untuk pergi ke Majlis Magic Raya, Anugerah Terindah & Inspirasi. Pae yakin Pae akan lebih berjaya selepas ini dan bukan ke Jakarta sahaja, malahan pusing satu dunia pun Pae dapat pergi selepas ni, In Shaa Allah.

Semoga perjalanan Pae untuk berjaya selepas ini lebih dipermudahkan dengan menghadiri Magic Raya pada 31hb ini. Ameen...

Nantikan sambungan kisah Pae - Antara Jakarta dan Penangan Magic Raya Shaklee untuk menjadi WAHM - Siri 2. Tak sabar nak tunggu 31hb ni... Jeng Jeng Jeng....






0 ulasan :

    Disclaimer

    Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

    Penulisan di seri.my merupakan pendapat peribadi penulis.

    Pakej Istimewa

    Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:-
    - Harga Istimewa
    - Jadual Makan Vitamin
    - Konsultasi Percuma Berterusan
    - Jemputan ke group Facebook exclusive
    - Peluang menjana income dengan Shaklee

    Rakan Sihat

    Kedah - Aimi Baiduri
    Selangor / KL - Faeza Seri

    Zulfae Solution

    Rakan anda dalam mempersiap-siagakan perniagaan anda sebelum masuk ke peperangan pemasaran online.

    Dapatkan blog, minisite, website dan websystem untuk perniagaan anda pada harga yang sukar dipercayai.