Sebagaimana yang semua maklum, hari ini 3 September 2013 merupakan hari dalam sejarah lagi bagi pengguna kenderaan yang menggunakan petrol RON95. Kenaikan harga minyak lagi.... Kali ni 20 sen seliter.. Nampak macam tak banyak tapi impaknya sangat besar.
Dalam kehidupan kita seharian, kita mempunyai 2 pilihan;
1. ada benda yang kita ada kuasa untuk mengubahnya
2. ada benda yang kita tidak mampu untuk mengubahnya
Dalam kes kenaikan harga minyak 20sen seliter bermula awal pagi tadi, hakikatnya kita sebagai rakyat jelate, memang tak dapat la nak mengubah polisi tu (pilihan no 2). Kita hantar la tweet banyak manapun kat PM kita, Dato' Seri Najib pun dah tak dek impact dah. Komplen la dekat wall kita pun, minyak tetap naik 20 sen seliter..Nak mogok? Jangan la nak cari pasal pulak. Mesti tak di layan dah.
Kalau diikutkan trend, harga barang pun bakal menyusul la... Nauzubillah!! Tapi sejauh mana kerajaan berjaya mengawal harga yang diletakkan sesuka hati oleh peniaga. Kalau ada tindakan, baru nak ikut harga standard. Walaupun pengawalan harga takkan berlaku buat masa ini seperti yang diwartakan dalam berita dan corong-corong radio pagi tadi, adakah situasi ini akan berkekalan? Cubalah anda fikirkan semolek-moleknya.
Situasi ini amat-amat dirasai oleh saya sendiri. Seminggu 2 kali kena isi minyak kereta untuk ke pejabat. Perbezaan 20 sen ini untuk kereta dah menjadi pertambahan sebanyak RM10 sebulan. Kalau sebulan baru RM 40 la kan? Kalau kira untuk setahun pulak, amacam... campoq pi tolak mai... jadilah RM480. Itu tak kira lagi balik ke kampung suami sebulan . dua bulan sekali. Hmmmm, pendek kata, paling cikai pun dah jadi RM 660 setahun disebabkan penambahan kos sara hidup disebabkan kenaikan 20 sen ni la.
kalau diikutkan pattern kenaikkan gaji... dengan prestasi 4 bintang, kenaikkan dalam 4%. Gaji 4000, baru naik RM160 at best. Tapi itu tak tolak EPF dan SOCSO lagi. Bukanlah nak mengharap yang barang-barang takkan naik, tapi kebiasaanya dan kelama-lamaannya pasti akan naik slow2 ataupun terus melambung. Cuba bayangkan kenaikan harga barang setiap bulan kepada RM200, dan kalau nak dibandingkan dengan kenaikan gaji yang cuma RM120 sebulan. Di situ masih ada pengurangan sebanyak RM80 sebulan. Mana nak cekau kekurangan tu? Dengan menambahkan lagi beban kad plastik anda? Oh tidak.... Sudah cukup cukup sudah....
Nampak tak di situ yang walaupun gaji kita 6 tahun dulu tak sebanyak sekarang ini dengan kenaikan gaji setiap tahun, tapi kita tak la rasa sesak berbanding dahulu. Di sini kita sedar bahawa kemampuan kita semakin sempit jika hanya bergantung kepada pendapatan bersih kita semata-mata setiap bulan.
Ini saya tidak kaitkan lagi dengan kenaikan harga rumah yang semakin melambung dan melambung dek akal kita nak beli kalau cuma mengharapkan gaji bersih bulan-bulan saja. Walaupun dengan gaji RM6,000 pun masih sukar untuk membeli rumah berhampiran dengan tempat kerja masing-masing terutamanya di Lembah Klang. Adakah ini yang dikatakan kita sudah selesa dengan kehidupan kita sekarang?
![]() |
| Keratan akhbar yang membimbangkan semua orang |
Contoh terdekatnya adalah saya sendiri di mana saya bekerja di Subang dan rumah saya pula di Puncak Alam, kira-kira 40km jaraknya. Maka dengan ini, golongan berpendapatan sederhana rendah dan rendah lah yang terkesan dengan kenaikan harga minyak yang 20 sen seliter ini. Sudahlah nak tinggal dekat dengan pejabat tak mampu, beli rumah jauh dari pejabat pun sekarang boleh jadi tak mampu pulak. 20 sen punya penangan, semuanya jadi pening.
Pilihan ada di tangan masing-masing. Bagi saya, saya memilih pilihan no. 2 seperti yang telah saya sebutkan di atas di mana ada benda yang kita ada kuasa untuk mengubahnya. Saya pilih untuk mengubah kehidupan saya dengan menambahkan pendapatan sampingan atau pasive income dengan memilih Shaklee sebagai perniagaan online saya. Alhamdulillah, menambah pendapatan lebih baik dengan mengurangkan perbelanjaan kita.
Dan sesungguhnya, apabila tau cara buat bisnes online ni memang tak akan tersangka-sangka betapa mudahnya ia sebenarnya. It realy that easy and virtually free (to start).




0 ulasan :
Catat Ulasan